Thursday, October 29, 2009

transfering point



Latihan ini memerlukan calon memindahkan titik/objek asal kepada kedudukan yang baru. Kaedah putaran 'rotation' perl digunakan untuk memudahkan calon menentukan kedudukan sebenar jawapan. Selepas kedudukan yang betul ditentukan, barulah titik demi titik dipindahkan ke kedudukan yang baru sehinggalah terbentuknya semula objek asal tersebut... selamat mencuba!!

enlargement - side ratio



Latihan ini memerlukan calon membesarkan objek (panjang sisi) yang asal kepada panjang sisi yang baru berdasarkan kepada nisbah sisi yang diberikan. Langkah pertama adalah membahagikan panjang sisi (garisan lurus sahaja) kepada beberapa bahagian berdasarkan nisbah yang diberi. Setelah panjang sisi baru telah diperolehi, maka kaedah garis selari boleh dilakukan untuk menentukan kedudukan sisi-sisi yang lain, begitu juga dengan titik tengah.... selamat mencuba!!

enlargement - area ratio



Latihan ini memerlukan calon membesarkan luas objek yang asal kepada luas objek yang baru berdasarkan kepada nisbah luas yang diberi. Langkah pertama adalah membahagikan panjang sisi (garisan lurus sahaja) kepada beberapa bahagian berdasarkan nisbah yang diberi. Setelah kedudukan baru sisi asal telah diperolehi, maka kaedah garis selari boleh dilakukan untuk menentukan kedudukan sisi-sisi yang lain, begitu juga dengan titik tengah.... selamat mencuba!!

** p/s : kaedah pembahagian luas tidak sama dengan kaedah pembahagian sisi.

reduction - side ratio



Latihan ini memerlukan calon mengecilkan objek (panjang sisi) yang asal kepada panjang sisi yang baru berdasarkan kepada nisbah sisi yang diberikan. Langkah pertama adalah membahagikan panjang sisi (garisan lurus sahaja) kepada beberapa bahagian berdasarkan nisbah yang diberi. Setelah panjang sisi baru telah diperolehi, maka kaedah garis selari boleh dilakukan untuk menentukan kedudukan sisi-sisi yang lain, begitu juga dengan titik tengah.... selamat mencuba!!

reduction - area ratio



Latihan ini memerlukan calon mengecilkan luas objek yang asal kepada luas objek yang baru berdasarkan kepada nisbah luas yang diberi. Langkah pertama adalah membahagikan panjang sisi (garisan lurus sahaja) kepada beberapa bahagian berdasarkan nisbah yang diberi. Setelah kedudukan baru sisi asal telah diperolehi, maka kaedah garis selari boleh dilakukan untuk menentukan kedudukan sisi-sisi yang lain, begitu juga dengan titik tengah.... selamat mencuba!!

** p/s : kaedah pembahagian luas tidak sama dengan kaedah pembahagian sisi.

tangent



Latihan ini memerlukan calon melukis semula pencontoh yang diberikan dengan menggunakan saiz penuh. Calon boleh mula melukis lukisan tangen dengan menandakan setiap titik atau ukuran yang telah diberikan. Kemudian, barulah calon mulakan langkah seterusnya sehingga selesai.. selamat menjawab!!

** p/s : antara teknik yang biasa digunakan dalam tangen ialah:-

- tangen antara dua bulatan
- tangen antara bulatan dan garisan
- elips
- parabola
- penentuan Jx